Tuesday 22 December 2015

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pendekatan Peringkat Prasekolah bagi Tajuk Konsep Nombor

Pautan: http://eprints.utm.my/12010/1/Pembangunan_Perisian_Multimedia_Berasaskan_Pendekatan_Permainan_Peringkat_Prasekolah_Bagi_Tajuk_Konsep_Nombor.pdf


Sinopsis:

Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas adalah satu inovasi yang terkini dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga amat disarankan oleh kerajaan kerana sistem pendidikan kini memerlukan generasi celik komputer. Dalam kajian ini perisian multimedia berasaskan pendekatan permainan untuk kanak-kanak prasekolah bagi tajuk 123 Concept telah dibangunkan. Kandungan perisian ini disusun berdasarkan huraian sukatan pelajaran bagi pendidikan prasekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Proses pembinaan perisian ini menggunakan model ADDIE yang mengandungi lima aliran kerja iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Pendekatan bermain sambil belajar diterapkan dalam perisian ini kerana ia merupakan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5. Gabungan perisian-perisian ini dapat menyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan perisian multimedia yang menarik bagi mengekalkan tumpuan kanak-kanak. Kelebihan utama perisian berasaskan pendekatan permainan ialah ia mampu menarik minat dan perhatian kanak-kanak melalui aktiviti dan latihan yang berkonsep bermain sambil belajar. Diharapkan perisian ini dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep dan kemahiran Matematik prasekolah.


Ulasan:

Proses penilaian formal tidak dijalankan diperingkat ini namun begitu, pembangun telah
menjalankan penilaian secara informal di Tadika Didik Al Insan, Pulai Perdana. Komen yang
memberangsang diterima dari pengusaha tadika tersebut iaitu Pn. Jamiah Bt. Abu. Pembangun
telah membuat sedikit penambahbaikan selepas penilaian informal ini. Pembangun juga meminta
pandangan rakan-rakan agar perisian ini menepati teori pembelajaran, pendekatan permainan dan

bersesuaian dengan pengguna perisian ini. Kesimpulannya, dalam menghasilkan perisian yang berkualiti dan menarik, perancangan dalam pembangunan perisian perlulah dilakukan dengan teliti agar perisian yang dihasilkan menepati kehendak pengguna.

No comments:

Post a Comment