Kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid dalam matematik
dan sains di sekolah rendah. Melalui kajian Ini didapati terdapat beberapa
faktor yang memainkan peranan yang penting iaitu minat, kebolehan individu,
latar belakang dan sosio ekonomi keluarga. Dari segi sosio ekonomi, iaitu
adalah berkaitan dengan pendapatan keluarga, tahap pembelajaran ibu bapa, dan
pekerjaan ibu bapa dalam sebuah keluarga. Melalui kajian Ini didapati sosio
ekonomi keluarga memainkan peranan dalam tahap pencapian murid.
Seperti yang kita sedia maklum,
keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk murid yang berpengetahuan
tinggi. Ini kerana, ibu bapa merupakan model kepada murid di rumah. Menurut
kajian lepas yang telah dijalankan, sosio ekonomi keluarga memainkan peranan
yang penting kerana ianya akan memberi kesan kepada tahap pencapaian murid.
Melalui kajian Ini didapati
terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada perbezaan tahap pencapaian
murid iaitu:
1. Ciri-ciri latar belakang seperti status
sosio-ekonomi keluarga, jenis keluarga, saiz keluarga,
2. Konteks keluarga – amalan sosialisasi dalam
keluarga misalnya jumlah jam menonton TV, melakukan kerjarumah dsb.
3. Sumber kendiri kanak-kanak seperti sikap
terhadap matapelajaran, sikap terhadap sekolah dan perlakuan berkaitan serta
mempunyai aspirasi atau tidak dalam hidup mereka.
Ini turut disokong oleh Orr
(2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak yang positif
dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah. Oleh yang
demikian, dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
sedar akan perbezaan sosio ekonomi di antara murid kerana perbezaan Ini akan
member impak dalam pencapaian mereka. sebagai ibu bapa amatlah penting bagi
mereka untuk menyokong pembelajaran mereka. antaranya bagi ibu bapa yang tidak
berpengetahuan tinggi, mereka boleh menghantar anak mereka ke kelas tuisyen dan
kita sedia maklum pihak sekolah menyediakan kelas tuisyen dengan bayaran yang
lebih rendah. Oleh itu, tiada sebab bagi ibu bapa menunjukkan sokongan kepada
anak mereka.
Kesimpulannya, adalah amat
penting bagi seorang guru mengenalpasti perbezaan Ini kerana terdapat pelbagai
cara bagi membantu mereka yang berada di dalam kelompok sosio ekonomi yang
rendah.
No comments:
Post a Comment