Tuesday 22 December 2015

Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran Dan PembelajaranMatematik Di Kalangan Guru Matematik Di Daerah Kota Tinggi

Pautan : http://eprints.utm.my/13425/1/JSME-2011-2-001.pdf

Sinopsis:

Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Kota Tinggi, Johor. Tujuan kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Aspek yang dikaji ialah tahap pengintegrasian ICT di kalangan guru-guru, kesesuaian kursus dan latihan yang ditawarkan dan faktor-faktor penghalang dalam mengintegrasikan ICT. Didapati bahawa pengintegrasian ICT masih di tahap rendah di mana faktor luaran yang menjadi punca utama yang menghalang pengintegrasian ICT seperti kemudahan yang tidak sempurna dan kekurangan ICT. Hasil perbincangan mencadangkan beberapa pendekatan yang perlu dambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia (KPTM) dan guru-guru matematik itu sendiri untuk memantapkan lagi perlaksanaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.


Ulasan: 

Di dalam artikel ini, perbincangan dan kajian telah dijalankan secara menyeluruh. Walaubagaimanapun, kajian ini dapat mensimpulkan dengan lebih baik sekiranya ia dijalankan di setiap kawasan yang berbeza-beza untuk mendapatkan pendedahan dan kesulitan yang di alami di kalangan guru baik dari kawasan bandar mahupun luar bandar. Dicadangkan supaya kajian ini diteruskan oleh pengkaji-pengkaji lain untuk meninjau atau mendapat maklum balas dari setiap tahap pendidikan di Malaysia iaitu prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan universiti.  

No comments:

Post a Comment