Reka bentuk kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia pada masa
kini perlu kepada perubahan dengan menampilkan isi kandungan dan kaedah
pengajaran yang lebih terkini dan sesuai dengan teknologi semasa. Kaedah
pengajaran yang dilaksanakan pada masa kini masih bersifat tradisional.
Kurikulum yang dibentuk tidak sepenuhnya mengambil kira perubahan dalam
teknologi semasa. Lagipun pada masa kini banyak sekolah di Malaysia mempunyai
pelbagai program ICT. Antara program ICT sedia ada seperti Sekolah Bestari,
School-net, computing tablet, Partners in learning, Primary English Literature
dan komputer pra-sekolah. Dengan segala kemudahan insfrastruktur yang tersedia
adalah tidak mustahil untuk melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran di
sekolah-sekolah dalam masa yang terdekat ini. M-Pembelajaran telah dikenal
pasti sebagai pembelajaran masa depan atau sebagai salah satu bahagian yang
penting dalam proses pendidikan pada masa depan. Oleh kerana M-Pembelajaran
merupakan bidang yang baru banyak penyelidikan dan pembangunan perlu
dilaksanakan. Para penyelidik cuba untuk memahami bagaimana peralatan mudah
alih boleh membantu untuk mencapai sistem pendidikan yang lebih baik.
Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa kini turut mengubah corak
pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Pembelajaran
tidak tertumpu di bilik darjah tetapi boleh berlaku di mana dan pada bila-bila
masa dengan menggunakan peralatan mudah alih dan disokong dengan teknologi
mudah alih. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah
mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program
M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa kelemahan.
No comments:
Post a Comment