Tuesday 22 December 2015

The Singaporean Mathematics Curriculum: Connections To TIMSS

Pautan :  http://www.merga.net.au/documents/RP182006.pdf

Seperti yang kita sedia maklum, Singapura adalah negara yang mendapat tempat pertama di dalam keputusan TIMSS (2003). Artikel ini membincangkan apa perbezaan Singapura dengan negara lain sehingga mendapat temapat terbaik di dalam TIMSS serta kebaikan dan keburukan kurikulum yang digunakan di Singapura.

Apa yang boleh dikatakan melalui artikel Ini ialah, salah satu sebab pencapaian matematik bagi negara itu adalah dari segi perlaksanaa kurikulum yang telah dirangka dengan kemas. Ini menunjukkan bahawa permulaanya adalah dari segi kurikulum yang dibina di mana ia akan menjadikan suatu pengajaran dan pembelajaran itu bermanfaat bagi murid.

Selain daripada itu juga, kurikulum yang dibina juga diselia dan dilaksanakan dengan kemudahan yang cukup beserta guru yang terlatih di mana setiap guru adalah pakar bagi topik tersebut. Ini adalah berbeza dengan kurikulum di Malaysia di mana terdapat juga guru bukan opsyen mengajar subjek berkenaan dan ini adalah kerana kekurangan guru. Jika kita lihat, terdapat pelbagai institusi yang menyediakan sumber guru namun begitu masih lagi menjadi isu kurangnya guru di Malaysia. Jadi, bagaimanakah kita hendak mencapai tahap antarabangsa sekiranya masalah seperti ini tidak diperbaiki.

Dari segi tenaga pengajar pula, guru yang mengajar di Singapura terpaksa berhadapan dengan satu badan khas sebelum boleh menjalani latihan perguruan. Mereka akan menunjukkan kemahiran yang mereka perolehi. Ini adalah salah satu kaedah yang boleh diamalkan di Malaysia bagi memastikan setiap guru di Malaysia berkebolehan di dalam bidang masing-masing.


Namun, persoalannya ialah, mampukah negara kita membuat perubahan seperti itu ataupun adakah langkah khas yang dibina untuk memperbaiki keputusan TIMSS di negara kita seperti di Singapura? Persoalan ini saya tinggalkan buat renungan rakan-rakan sekalian.

No comments:

Post a Comment