Wednesday 23 December 2015

ULASAN MENGENAI ISU BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

Saya berpendapat, teknologi merupakan satu keperluan yang penting dalam kepada guru mahupun pelajar di mana ia dapat membantu murid memahami dengan lebih mendalam dan mampu menarik minat murid terhadap matapelajaran Matematik.

Kalkulator, perisian komputer dan alatan yang berteknologi yang lain juga dapat membantu dalam proses Pdp.

Guru perlulah bijak menentukan masa yang sesuai untuk murid belajar menggunakan teknologi.

Isu yang muncul daripada ICT adalah jurang perbezaan yang lebih besar di antara pelajar bandar dan luar bandar, memandangkan prasarana yang masih belum mencukupi untuk membolehkan mereka dihubungkan dengan rangkaian lebuh raya maklumat malah masih ada sekolah yang belum ada makmal komputer untuk digunakan.

Seterusnya, masalah yang wujud adalah guru kurang mahir di mana masalah utama yang dihadapi oleh guru veteran dalam menghasilkan bahan pengajaran berbentuk multimedia.
Apabila guru veteran tidak mahir dalam penggunaan ICT, bahan pengajaran jadi kurang menarik atau guru tersebut akan memilih untuk tidak menggunakan ICT dalam pengajaran.

Isu-isu ini perlu diatasi antaranya dengan cara pertama iaitu dengan mengutamakan Kursus Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan ICT.

Kalkulator memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kalkulator adalah teknologi yang dapat memudahkan para guru untuk mengajar pelajar dan kesungguhan pelajar dalam mempelajari matematik dapat dipupuk dan dilihat dengan sebaiknya.

Penggunaan teknologi kalkulator grafik memberikan perubahan yang positif terhadap interaksi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping keputusan yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, guru-guru di sekolah hanya mengetahui cara-cara menggunakan kalkulator dalam operasi tambah, tolak, bahagi dan darab sahaja dalam kalkulator. Tetapi sebenarnya kalkulator adalah alat bantu mengajar yang boleh dikatakan dapat menyelesaikan masalah matematik dengan menekan beberapa nombor sahaja.

Langkah yang boleh diambil adalah pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memberikan kursus kepada guru-guru supaya guru-guru dapat menguasai bidang kalkulator dan dapat memberikan ilmu sepenuhnya kepada pelajar selain ilmu cara menjawab matematik dengan kaedah yang biasa.

Pelbagai pihak harus memainkan peranan penting dalam memastikan penggunaan teknologi di sekolah digunakan pada tahap yang maksimum.


No comments:

Post a Comment