Wednesday 23 December 2015

ULASAN MENGENAI ISU BERKAITAN DENGAN PENILAIAN


Saya berpendapat, kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya.

Penilaian juga merupakan satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan berkenaan dengan kemajuan, perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Peranan guru adalah penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Hal ini kerana, guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan.

Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yang disampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah yangdiperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan diketahui.

Salah satu isu dalam penilaian adalah kewujudan bias dalam penilaian di mana berlakunya ketidakadilan yang wujud dalam sesuatu penilaian.

Contohnya, persepsi guru terhadap pelajar juga menimbulkan bias dalam penilaian melalui penulisan. Guru tidak seharusnya mengamalkan sikap bias kerana ianya dianggap tidak professional dan perlu mengambil inisiatif untuk mengatasinya jika bersikap bias dalam penilaian.

Seterusnya, pentaksiran tradisional yang bersifat terlalu berorientasikan peperiksaan banyak memberi impak yang buruk kepada guru mahupun pelajar.

Tekanan kepada guru semakin bertambah apabila terburu-buru untuk menghabiskan silibus mata pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan dan mengakibatkan guru kurang memberi penekanan terhadap perkaitan pembelajaran dengan kehidupan seharian. 

Isu yang timbul sejak pelaksanaan PBS seperti ketidakyakinan guru dalam pentaksiran, ketidaksungguhan guru dalam pentaksiran, amalan birokrasi dalam pentaksiran dan permasalahan guru sepanjang melaksanaakan PBS.

Kurang pemahaman tentang pelaksanaan dan konsep PBS serta persepsi guru terhadap PBS telah menimbulkan rungutan bagi para guru tentang pelaksanaan PBS yang dikatakan agak terburu-buru.

Bukan itu sahaja, masalah lain yang timbul apabila guru menilai murid menggunakan teknologi dalam menyelesaikan sesuatu soalan ataupun masalah. Antaranya ialah, guru perlu mempunyai masa untuk melatih pelajar menggunakan kalkulator agar pelajar mudah untuk menggunakannya.
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut dapat diatasi dengan segara.

Kesimpulannya, melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment