Monday 5 October 2015

Student Attitude, Student Understanding and Mathematics Anxiety

Oleh: Michelle Jennison &Kim Beswick

    
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan intervensi pembelajaran pecahan dan kebimbangan matematik serta kebolehan dalam pecahan bagi murid tahun 4. Melalui kajian ini didapati murid tahun 4 mempunyai sikap positif terhadap matematik. Namun begitu, terdapat 4 responden daripada 40 yang terlibat yang mempunyai masalah terhadap matematik. Ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Anderson (2007) yang menyatakan murid tahun 4, 5 dan 6 mempunyai tahap kebimbangan matematik yang tinggi. Empat murid ini juga menunjukkan penurunan dalam kebimbangan matematik di akhir kajian selepas intervasi dilakukan dalam pengajaran pecahan.

Selain daripada itu, perbincangan yang boleh didapati daripada kajian adalah adakah kebimbangan matematik dikalangan murid berkaitan dengan sikap serta pengetahuan mereka terhadap matematik. Kajian menunjukkan penambahbaikan iaitu aktiviti hands-on serta kerja interaktif yang menyokong dan persiktaran yang selesa dapat membantu murid dalam meningkatkan pengetahuan mereka serta meningkatkan tahap keyakinan mereka dengan kebolehan yang dimiliki. Oleh yang demikian, di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, kaedah yang digunakan memainkan peranan dalam menarik minat murid.

Disamping itu, adalah amat penting bagi guru untuk sedar akan aspek kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, menurut kajian ini, kekurangan pengetahuan dalam topik pembelajaran akan menyebabkan murid kurang keyakinan dan ini akan menjurus kepada sikap negatif terhadap matematik. Guru juga perlu menunjukkan sokongan terhadap murid agar mereka dalam melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.
Diakhir kajian juga, didapati terdapat perkaitan diantara pengetahuan murid, sikap murid dengan kebimbangan matematik. Ini mengesahkan kajian yang dijalankan oleh Turner et al (2002) yang menyatakan penggunaan kaedah yang holistik akan dapat melibatkan murid dalam pengajaran matematik.

Kesimpulannya, adalah amat penting bagi guru dalam mengenalpasti tahap pengetahuan murid serta menggunakan kaedah yang menarik bagi melibatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. ini kerana ianya dapat mengurangkan tahap kebimbangan matematik dikalangan murid terutama murid tahun 4, 5 dan 6.


Cultural Diversity in Mathematics Education: Current Tendencies

Penulis: Victor Brunaud - Vega 



Sinopsis:
Tiga pendekatan pengajaran matematik di dalam kelas pelbagai budaya iaitu;
1) the situated perspective - pembelajaran menjadi satu proses penyertaan berubah dalamperubahan masyarakat amalan di mana pengetahuan seseorang individu yang terhasilmenjadi fungsi persekitaran di mana dia beroperasi
2) the culturally relevant perspective - guru mengajar sepadan dengan gaya pengajaran mengikut latar belakang budaya dan rumah pelajar-pelajar mereka
3) critical pedagogies - kritikan terhadap sosiopolitik

Ulasan / Kritikan:
Guru perlu merancang pengajarannya mengikut latar belakang anak muridnya untuk memastikan P&P di dalam kelas berjalan dengan lancar kerana setiap individu mempunyai masalah dan pemikiran yang berbeza-beza.

Math Anxiety In Elementary And Secondary School Students

Oleh: Allan Wigfield & Judith L. Meece

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kebimbangan matematik dikalangan murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat dua aspek yang perlu diambil berat iaitu dari aspek kognitif dan juga aspek afektif. Melalui hasil dapatan kajian terhadap aspek kognitif, didapati murid disekolah rendah mempunyai komponen yang sama dengan murid sekolah menengah dalam kebimbangan matematik.

Selain daripada itu didapati juga kebimbangan murid untuk melakukan kesilapan dihadapan guru dan pencapaian dalam matematik akan meningkatkan tahap kebimbangan matematik dikalangan murid. Ini menunjukkan guru perlulah mempunyai kesedaran akan sikap murid terhadap mereka di dalam kelas. Ini kerana ia akan memberi kesan terhadap perspektif mereka dalam matematik.

Menurut kajian ini juga, didapati umur tidak memberi kesan terhadap tahap kebimbangan matematik. namun begitu ia berbeza dengan jantina. Menurut kajian ini, didapati murid perempuan memberikan reaksi negatif afektif terhadap matematik berbanding perempuan. Ini turut disokong dalam kajian yang dijalankan oleh Lafferty (1996) yang menyatakan murid perempuan mempunyai tahap kebimbangan matematik yang lebih tinggi. Ini mungkin kerana, murid perempuan kurang selesa semasa melibatkan diri dalam pengajaran dan tidak mahu menunjukkan kesilapan. Ini membawa mereka kepada tahap kebimbangan matematik yang tinggi berbanding murid lelaki.

Secara kesimpulannya, kebimbangan matematik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, Kesemua komponen member kesan kepada persepsi murid, penghargaan terhadap matematik, dan prestasi mereka dalam matematik. Oleh yang demikian, guru perlulah sedar akan komponen tersebut dan cuba membantu murid untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. Ini akan membantu murid dalam pembelajaran matematik.