Oleh: Allan Wigfield & Judith L. Meece
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kebimbangan matematik
dikalangan murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Hasil dapatan kajian
menunjukkan terdapat dua aspek yang perlu diambil berat iaitu dari aspek
kognitif dan juga aspek afektif. Melalui hasil dapatan kajian terhadap aspek
kognitif, didapati murid disekolah rendah mempunyai komponen yang sama dengan
murid sekolah menengah dalam kebimbangan matematik.
Selain daripada itu didapati juga kebimbangan murid untuk
melakukan kesilapan dihadapan guru dan pencapaian dalam matematik akan
meningkatkan tahap kebimbangan matematik dikalangan murid. Ini menunjukkan guru
perlulah mempunyai kesedaran akan sikap murid terhadap mereka di dalam kelas.
Ini kerana ia akan memberi kesan terhadap perspektif mereka dalam matematik.
Menurut kajian ini juga, didapati umur tidak memberi kesan
terhadap tahap kebimbangan matematik. namun begitu ia berbeza dengan jantina.
Menurut kajian ini, didapati murid perempuan memberikan reaksi negatif afektif
terhadap matematik berbanding perempuan. Ini turut disokong dalam kajian yang
dijalankan oleh Lafferty (1996) yang menyatakan murid perempuan mempunyai tahap
kebimbangan matematik yang lebih tinggi. Ini mungkin kerana, murid perempuan
kurang selesa semasa melibatkan diri dalam pengajaran dan tidak mahu
menunjukkan kesilapan. Ini membawa mereka kepada tahap kebimbangan matematik
yang tinggi berbanding murid lelaki.
Secara kesimpulannya, kebimbangan
matematik boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian, Kesemua komponen member
kesan kepada persepsi murid, penghargaan terhadap matematik, dan prestasi
mereka dalam matematik. Oleh yang demikian, guru perlulah sedar akan komponen
tersebut dan cuba membantu murid untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi.
Ini akan membantu murid dalam pembelajaran matematik.
No comments:
Post a Comment