Pautan : http://ipdares.tripod.com/kbsm.htm
Artikel ini berkaitan tentang kajian yang bertujuan untuk
mendedahkan masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM.
Aspek kajian termasuk memahami huraian sukatan pelajaran, memilih isi
kandungan, kaedah pengajaran, menentukan aktiviti pembelajaran, penyediaan
bahan bantu mengajar, penggunaan buku teks, merancang rancangan pelajaran,
penilaian dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.
Hasil kajian menunjukkan bahawa penyediaan bahan bantu
mengajar, menentukan aktiviti pembelajaran pelajar dan merancang kaedah
pengajaran merupakan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam
melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Manakala hasil ujian Khi Kuasadua
pula menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara masalah
pengajaran guru dalam melaksanakan mata pelajaran KBSM dengan pengalaman
mengajar guru, kelayakan ikhtisas dan kekerapan menghadiri KDP.
Kesimpulannya, hasil dapatan menyokong dapatan kajian
Hussien (1991) yang melaporkan bahawa faktor kekerapan seorang guru berkursus
tidak ada hubungan kolerasi dengan peningkatan pengetahuan dalam melaksanakan
pengajaran. Namun demikian, kajian lanjut yang memungkinkan aspek-aspek yang
pengajaran KBSM dilihat secara khusus perlu dijalankan supaya masalah
pengajaran guru dapat difahami dengan lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment