Sinopsis:
Penggunaan
komputer sebagai alat rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam
kelas adalah satu inovasi yang terkini dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Penggunaan komputer dalam proses P&P juga amat disarankan oleh kerajaan
kerana sistem pendidikan kini memerlukan generasi celik komputer. Dalam kajian
ini perisian multimedia berasaskan pendekatan permainan untuk kanak-kanak
prasekolah bagi tajuk 123 Concept telah dibangunkan. Kandungan perisian ini
disusun berdasarkan huraian sukatan pelajaran bagi pendidikan prasekolah
mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Proses pembinaan perisian ini menggunakan
model ADDIE yang mengandungi lima aliran kerja iaitu analisis, rekabentuk,
pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Pendekatan bermain sambil belajar
diterapkan dalam perisian ini kerana ia merupakan konsep dan prinsip pendidikan
prasekolah. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia
Authorware yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian
Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5.
Gabungan perisian-perisian ini dapat menyepadukan pelbagai media seperti
grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan perisian
multimedia yang menarik bagi mengekalkan tumpuan kanak-kanak. Kelebihan utama
perisian berasaskan pendekatan permainan ialah ia mampu menarik minat dan
perhatian kanak-kanak melalui aktiviti dan latihan yang berkonsep bermain
sambil belajar. Diharapkan perisian ini dapat membantu kanak-kanak menguasai
konsep dan kemahiran Matematik prasekolah.
Ulasan:
Proses penilaian
formal tidak dijalankan diperingkat ini namun begitu, pembangun telah
menjalankan penilaian
secara informal di Tadika Didik Al Insan, Pulai Perdana. Komen yang
memberangsang
diterima dari pengusaha tadika tersebut iaitu Pn. Jamiah Bt. Abu. Pembangun
telah membuat sedikit
penambahbaikan selepas penilaian informal ini. Pembangun juga meminta
pandangan rakan-rakan
agar perisian ini menepati teori pembelajaran, pendekatan permainan dan
bersesuaian dengan
pengguna perisian ini. Kesimpulannya, dalam menghasilkan perisian yang
berkualiti dan menarik, perancangan dalam pembangunan perisian perlulah
dilakukan dengan teliti agar perisian yang dihasilkan menepati kehendak
pengguna.
No comments:
Post a Comment