Sunday, 6 December 2015

Peranan kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah


Artikel ini mengenai kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Kebanyakkan guru tidak mempunyai persepsi yang tepat mengenai kepimpinan bilik darjah. Berdasarkan artikel ini, guru beranggapan pihak pentadbir bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan dengan kepimpinan. Padahal, kepimpinan sebenar adalah tugas guru itu sendiri yang bertindak sebagai pemimpin semasa proses pengajaran.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa suasana sekolah banyak memberi impak ke atas kepimpinan sekolah dan bilik-bilik darjah. Guru perlu bertindak merefleksikan diri melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju kearah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.
               

Pada pendapat saya, kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat bilik darjah malah memberi kesan keatas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut.

Pengetahuan Dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah Berdasarkan Standard Pengajaran Matematik.



Artikel ini berkaitan tentang kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard Pengajaran Matematik.

Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan instrumen soal selidik dengan skala likert lima point bagi mengukur tahap persepsi terhadap lima komponen pengetahuan standard pengajaran matematik iaitu pengetahuan atribut ikhtisas, pengetahuan amalan ikhtisas, pengetahuan ikhtisas, pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas dan pengetahuan pentaksiran berdasarkan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara.

Dapatan kajian mendapati persepsi guru matematik sangat tinggi tentang lima komponen pengetahuan SPM-SR iaitu pengetahuan atribut ikhtisas (ATI), pengetahuan amalan ikhtisas (AI), pengetahuan ikhtisas (PI), pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) dan pengetahuan pentaksiran (PP).

Komponen pengetahuan amalan ikhtisas (AI) dan pengetahuan proses pengajaran dan pembelajaran ikhtisas (PPPI) merupakan komponen utama yang menyumbang secara langsung terhadap pengetahuan Standard Pengajaran Matematik Sekolah Rendah (SPM-SR).


Kesimpulannya, kajian ini dapat menyumbang ke arah pembinaan data asas tentang standard pengajaran matematik di negara ini. Data asas ini boleh diguna pakai oleh masyarakat pendidik bagi menilai semula pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah.

Masalah Guru Dalam Melaksanakan Pengajaran Matapelajaran KBSM


Artikel ini berkaitan tentang kajian yang bertujuan untuk mendedahkan masalah guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Aspek kajian termasuk memahami huraian sukatan pelajaran, memilih isi kandungan, kaedah pengajaran, menentukan aktiviti pembelajaran, penyediaan bahan bantu mengajar, penggunaan buku teks, merancang rancangan pelajaran, penilaian dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran.

Hasil kajian menunjukkan bahawa penyediaan bahan bantu mengajar, menentukan aktiviti pembelajaran pelajar dan merancang kaedah pengajaran merupakan masalah-masalah utama yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran KBSM. Manakala hasil ujian Khi Kuasadua pula menunjukkan tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara masalah pengajaran guru dalam melaksanakan mata pelajaran KBSM dengan pengalaman mengajar guru, kelayakan ikhtisas dan kekerapan menghadiri KDP.

Kesimpulannya, hasil dapatan menyokong dapatan kajian Hussien (1991) yang melaporkan bahawa faktor kekerapan seorang guru berkursus tidak ada hubungan kolerasi dengan peningkatan pengetahuan dalam melaksanakan pengajaran. Namun demikian, kajian lanjut yang memungkinkan aspek-aspek yang pengajaran KBSM dilihat secara khusus perlu dijalankan supaya masalah pengajaran guru dapat difahami dengan lebih mendalam.

Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah



Artikel ini membincangkan tentang kajian untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah.

Dapatan kajian menunjukkan guru-gurukeluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam efikasi berbanding guru-guru keluaran program lain. Guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara statistik dalam aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun.

Hasil kajian ini mencadangkan guru-guru siswazah terlatih perlu diberi peluang mengajar dalam persekitaran yang positif bagi membolehkan mereka membina efikasi guru yang positif.

Kesimpulannya, selain faktor yang berkaitan dengan guru, kajian akan datang perlu mempertimbangkan faktor-faktor sekolah untuk memastikan nilai efeksi dapat dimanfaatkan lebih jauh dalam memartabatkan profesion guru di Malaysia.

Pengaruh Latar Belakang Sosial Keluarga Terhadap Pencapaian Sains dan Matematik Dikalangan Murid Sekolah Rendah



Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid dalam matematik dan sains di sekolah rendah. Melalui kajian Ini didapati terdapat beberapa faktor yang memainkan peranan yang penting iaitu minat, kebolehan individu, latar belakang dan sosio ekonomi keluarga. Dari segi sosio ekonomi, iaitu adalah berkaitan dengan pendapatan keluarga, tahap pembelajaran ibu bapa, dan pekerjaan ibu bapa dalam sebuah keluarga. Melalui kajian Ini didapati sosio ekonomi keluarga memainkan peranan dalam tahap pencapian murid.

Seperti yang kita sedia maklum, keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk murid yang berpengetahuan tinggi. Ini kerana, ibu bapa merupakan model kepada murid di rumah. Menurut kajian lepas yang telah dijalankan, sosio ekonomi keluarga memainkan peranan yang penting kerana ianya akan memberi kesan kepada tahap pencapaian murid.

Melalui kajian Ini didapati terdapat beberapa perkara yang menyumbang kepada perbezaan tahap pencapaian murid iaitu:
1.  Ciri-ciri latar belakang seperti status sosio-ekonomi keluarga, jenis keluarga, saiz keluarga,
2.  Konteks keluarga – amalan sosialisasi dalam keluarga misalnya jumlah jam menonton TV, melakukan kerjarumah dsb.
3.  Sumber kendiri kanak-kanak seperti sikap terhadap matapelajaran, sikap terhadap sekolah dan perlakuan berkaitan serta mempunyai aspirasi atau tidak dalam hidup mereka.

Ini turut disokong oleh Orr (2003) menyatakan kekayaan & sokongan keluarga memberi impak yang positif dalam motivasi dan inspirasi di kalangan kanak-kanak sekolah. Oleh yang demikian, dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu sedar akan perbezaan sosio ekonomi di antara murid kerana perbezaan Ini akan member impak dalam pencapaian mereka. sebagai ibu bapa amatlah penting bagi mereka untuk menyokong pembelajaran mereka. antaranya bagi ibu bapa yang tidak berpengetahuan tinggi, mereka boleh menghantar anak mereka ke kelas tuisyen dan kita sedia maklum pihak sekolah menyediakan kelas tuisyen dengan bayaran yang lebih rendah. Oleh itu, tiada sebab bagi ibu bapa menunjukkan sokongan kepada anak mereka.


Kesimpulannya, adalah amat penting bagi seorang guru mengenalpasti perbezaan Ini kerana terdapat pelbagai cara bagi membantu mereka yang berada di dalam kelompok sosio ekonomi yang rendah.

Punca jurang pencapaian pendidikan



Artikel ini membicarakan tentang punca permasalahan dalam jurang pencapaian pendidikan. Pelbagai langkah tindakan yang perlu dikombinasikan untuk mengatasi masalah ini dengan lebih berkesan. Aspek yang paling utama adalah dengan memupuk sikap positif dan optimis dalam diri setiap golongan yamg terlibat dalam mendidik golongan muda ini agar mereka dapat dilentur dengan baik serta pecaya pada potensi diri.

Dalam pelaksanaan peringkat pendidikan, terdapat beberapa strategi yang boleh diambil perhatian oleh golongan pendidik dan pihak pentadbir. Antaranya ialah:-
1. kurikulum yang ditawarkan mesti sesuai dan mencabar murid
2. memberi bantuan kepada pelajar yang lemah
3. penempatan guru-guru terbaik di sekolah yang memerlukan bantuan


Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam mengatasi permasalahan yang mewujudkan jurang perbezaan dalam pencapaian pendidikan. Mungkin langkah yang paling asas boleh dibuat dengan menggubal kesemua strategi yang sedia ada demi meningkatkan pencapaian dalam pendidikan

Memperkasa pendidikan luar bandar


Artikel ini berkaitan tentang kajian yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor iaitu:

1. tiada kesedaran ibu bapa
2. kemiskinan keluarga
3. sikap pelajar
4. kekurangan bahan bantu mengajar
5. kemudahan infrastruktur
6. jurang pendapatan penduduk yang ketara

Dalam hal ini, pihak kerajaan telah membuat beberapa inisiatif untuk mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar bandar.


Kesimpulannya, jelas membuktikan bahawa langkah-langkah telah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaran perlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam pendidikan. Modal Insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah pencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.