Tuesday, 22 December 2015

Pembangunan Perisian Multimedia Berasaskan Pendekatan Peringkat Prasekolah bagi Tajuk Konsep Nombor

Pautan: http://eprints.utm.my/12010/1/Pembangunan_Perisian_Multimedia_Berasaskan_Pendekatan_Permainan_Peringkat_Prasekolah_Bagi_Tajuk_Konsep_Nombor.pdf


Sinopsis:

Penggunaan komputer sebagai alat rangsangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas adalah satu inovasi yang terkini dalam pendidikan awal kanak-kanak. Penggunaan komputer dalam proses P&P juga amat disarankan oleh kerajaan kerana sistem pendidikan kini memerlukan generasi celik komputer. Dalam kajian ini perisian multimedia berasaskan pendekatan permainan untuk kanak-kanak prasekolah bagi tajuk 123 Concept telah dibangunkan. Kandungan perisian ini disusun berdasarkan huraian sukatan pelajaran bagi pendidikan prasekolah mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Proses pembinaan perisian ini menggunakan model ADDIE yang mengandungi lima aliran kerja iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Pendekatan bermain sambil belajar diterapkan dalam perisian ini kerana ia merupakan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Authorware yang merupakan perisian yang utama dan disokong dengan perisian Flash Professional 8, Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0 dan Crazy Talk 4.5. Gabungan perisian-perisian ini dapat menyepadukan pelbagai media seperti grafik, teks, animasi, audio dan interaktiviti untuk menghasilkan perisian multimedia yang menarik bagi mengekalkan tumpuan kanak-kanak. Kelebihan utama perisian berasaskan pendekatan permainan ialah ia mampu menarik minat dan perhatian kanak-kanak melalui aktiviti dan latihan yang berkonsep bermain sambil belajar. Diharapkan perisian ini dapat membantu kanak-kanak menguasai konsep dan kemahiran Matematik prasekolah.


Ulasan:

Proses penilaian formal tidak dijalankan diperingkat ini namun begitu, pembangun telah
menjalankan penilaian secara informal di Tadika Didik Al Insan, Pulai Perdana. Komen yang
memberangsang diterima dari pengusaha tadika tersebut iaitu Pn. Jamiah Bt. Abu. Pembangun
telah membuat sedikit penambahbaikan selepas penilaian informal ini. Pembangun juga meminta
pandangan rakan-rakan agar perisian ini menepati teori pembelajaran, pendekatan permainan dan

bersesuaian dengan pengguna perisian ini. Kesimpulannya, dalam menghasilkan perisian yang berkualiti dan menarik, perancangan dalam pembangunan perisian perlulah dilakukan dengan teliti agar perisian yang dihasilkan menepati kehendak pengguna.

ICT as a Learning Tool to Assist Teaching ICT in Primary Schools

Pautan : http://newmedia.yeditepe.edu.tr/pdfs/isimd_06/10.pdf

Sinopsis:

Artikel ini membincangkan amalan semasa dan teknik pengajaran yang digunakan dalam pengajaran kurikulum ICT di sekolah rendah dan halangan utama dalam pengajaran. Simi-struktur temubual dengan guru-guru dan penyelaras ICT di samping pemerhatian di dalam bilik darjah mendapati kaedah pengajaran menggunakan ICT di sepuluh buah sekolah rendah di Coventry semasa musim luruh tahun 2005 menunjukkan kesan positif. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan utama yang membantutkan proses pengajaran menggunakan ICT di sana iaitu;

1) tiada sokongan dan pengajaran bertumpu kepada teknik tradisional
2) tiada prasarana interaktif multimedia
3) guru tidak yakin
4) had pengetahuan dan pengalaman guru dalam bidang ICT


Ulasan / Kritikan:

Artikel ini terlalu general. Perbincangan tidak dijalankan secara terpetrinci terhadap setiap aspek halangan dalam pengintegrasian ICT. Dicadagkan supaya kajian lanjutan dijalankan oleh pengkaji-pengkaji untuk meningkatkan mutu pengintegrasian ICT.

Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Kurikulum

Pautan : http://journalarticle.ukm.my/2315/1/6_alias_artikel.pdf


Kurikulum pendidikan yang dibangunkan perlulah selaras dengan aspirasi wawasan Negara, supaya generasi yang dididik dapat memenuhi tuntutan negara pada masa depan. Kegagalan kurikulum pendidikan untuk menselarikan objektifnya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menyebabkan generasi yang dididik memberi masalah kepada negara. ”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara " (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Matlamat pendidikan Negara bolehlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan yang percaya dan patuh kepada Tuhan,berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia, berketrampilan, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan negara,setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia. Menurut Power (1982) kerelevenan ilmu itu ialah ilmu pengetahuan yang bermakna yang boleh diamalkan dan boleh memberi signifikannya kepada kehidupan. Oleh itu, kepada mereka yang terlibat dalam membangunkan sesuatu kurikulum ataupun modul untuk pelajar, kewajaran melihat kerelevenan ilmu itu perlu dibuat supaya hasil daripada kurikulum ataupun modul itu mampu untuk membolehkan seseorang pelajar itu menghadapi cabaran sebenar dalam masyarakatnya. Selain itu juga, kerelevenan sesuatu objektif pendidikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperlukan kerana ia berguna dalam menentukan perancangan dan perkembangan pendidikan. Menurut Ishak (2005) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita boleh mencadangkan matlamat pendidikan, merancang objektif dan aktiviti sesebuah institusi pendidikan, mencadangkan teori-teori pembelajaran yang akan digunakan serta membuat strategi bagi proses menggubal sesebuah kurikulum agar releven dengan kehendak semasa.

Teknologi Di dalam Bilik Darjah



Reka bentuk kurikulum sekolah-sekolah di Malaysia pada masa kini perlu kepada perubahan dengan menampilkan isi kandungan dan kaedah pengajaran yang lebih terkini dan sesuai dengan teknologi semasa. Kaedah pengajaran yang dilaksanakan pada masa kini masih bersifat tradisional. Kurikulum yang dibentuk tidak sepenuhnya mengambil kira perubahan dalam teknologi semasa. Lagipun pada masa kini banyak sekolah di Malaysia mempunyai pelbagai program ICT. Antara program ICT sedia ada seperti Sekolah Bestari, School-net, computing tablet, Partners in learning, Primary English Literature dan komputer pra-sekolah. Dengan segala kemudahan insfrastruktur yang tersedia adalah tidak mustahil untuk melaksanakan kurikulum M-Pembelajaran di sekolah-sekolah dalam masa yang terdekat ini. M-Pembelajaran telah dikenal pasti sebagai pembelajaran masa depan atau sebagai salah satu bahagian yang penting dalam proses pendidikan pada masa depan. Oleh kerana M-Pembelajaran merupakan bidang yang baru banyak penyelidikan dan pembangunan perlu dilaksanakan. Para penyelidik cuba untuk memahami bagaimana peralatan mudah alih boleh membantu untuk mencapai sistem pendidikan yang lebih baik. Perkembangan dalam teknologi mudah alih masa kini turut mengubah corak pembelajaran (Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004). Pembelajaran tidak tertumpu di bilik darjah tetapi boleh berlaku di mana dan pada bila-bila masa dengan menggunakan peralatan mudah alih dan disokong dengan teknologi mudah alih. Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-Pembelajaran telah mencapai hasarat yang ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program M-Pembelajaran mempunyai banyak kekuatan disamping terdapat beberapa kelemahan.

Sunday, 6 December 2015

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?



Artikel ini memberi penjelasan tentang keempat-empat konsep yang bermanfaat dalam sesi pengajaran iaitu pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran serta hubungan diantara satu sama lain. Perhubungan semua konsep tersebut sangat penting untuk guru-guru pelatih supaya ilmu pedagogi yang dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah.


Pada pendapat saya, Ini merupakan strategi pengajaran yang menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mempertingkatkan serta mencapai kesan yang paling optimum. Strategi ini sangat berguna dan berkesan malah ianya hanya menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling rendah.

Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik

Pautan: http://eprints.utm.my/10448/1/Keberkesanan_Kaedah_Konstruktivisme_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembelajaran_Matematik.pdf


Artikel ini mengupas tentang kajian keberkesanan kaedah kontruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta melihat sikap dan tanggapan pelajar terhadap subjek matematik dalam kaedah pengajaran.

Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Sampel kajian yang dipilih oleh penyelidik adalah terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 1 di Daerah Mersing. Pelajar yang terlibat adalah pelajar berprestasi sederhana dalam matematik berdasarkan keputusan UPSR 2008. Untuk kajian ini, penyelidik fokuskan tajuk perimeter. Selepas tinjauan, penyelidik mendapati pelajar menghadapi beberapa kelemahan menjawab soalan yang melibatkan penggunaan formula. Hasil daripada pemerhatian penyelidik semasa kajian dijalankan, didapati pelajar tidak memberi tumpuan semasa proses p&p, tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami konsep perimeter.

Bagi mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik, penyelidik mewujudkan dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan eksperimental yang akan belajar dengan kaedah konstruktivisme, dan kumpulan kawalan yang belajar kaedah tradisional. Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan ujian pra, ujian pos dan soal selidik untuk mengumpul data kuantitatif. Manakala, untuk data kualitatif data didapati melalui  sesi temubual bersama responden dan guru matematik.


Hasil dari kajian ini, didapati bahawa pencapaian pelajar meningkat sebanyak 15 % dengan pengaplikasian kaedah pembelajaran konstruktivism dalam kelas matematik. Penyelidik juga mendapati bahawa pelajar akan menjadi seorang yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana kaedah ini menggalakkan pelajar lebih berfikir, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial kerana pembelajaran dua hala, serta lebih seronok dengan aktiviti yang dilakukan.

Kepentingan Kefahaman Konsep Dalam Matematik

Pautan : http://eprints.utm.my/10413/1/1.10_Bab2.pdf


Kertas kerja ini meninjau beberapa aspek daripada pendapat ahli-ahli penyelidik dan psikologi mengenai kepentingan kefahaman konsep dalam pembelajaran matematik. Ia juga memberi gambaran berhubung pembentukan konsep yang betul. Di samping itu, penekanan diberikan juga kepada kepentingan pengkaedahan pembelajaran dan bagaimana ianya dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu konsep dengan jelas agar ianya dapat diaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Melalui kertas kerja ini, golongan pendidik dapat mengenal pasti antara punca-punca masalah kefahaman konsep dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dijalankan agar objektif pengajaran dapat dicapai dengan baiknya.


Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pembentukan konsep matematik yang dikaitkan dengan pengalaman pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah. Para pendidik juga sedia maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran.