Sunday 6 December 2015

Memperkasa pendidikan luar bandar


Artikel ini berkaitan tentang kajian yang dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di kawasan luar bandar supaya pencapaian pendidikan di setiap kawasan adalah sama rata atau hampir sama tanpa adanya perbezaan yang begitu ketara. Kajian ini mendapati bahawa pendidikan luar bandar berada pada tahap rendah kerana beberapa faktor iaitu:

1. tiada kesedaran ibu bapa
2. kemiskinan keluarga
3. sikap pelajar
4. kekurangan bahan bantu mengajar
5. kemudahan infrastruktur
6. jurang pendapatan penduduk yang ketara

Dalam hal ini, pihak kerajaan telah membuat beberapa inisiatif untuk mewujudkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ) bagi mengatasi permasalahan ini agar generasi yang dididik mampu mengangkat negara ke mercu kejayaan selaras dengan matlamat Wawasan 2020. Antaranya, memperbaiki sistem pendidikan di sekolah luar bandar, mengubah persepsi ibu bapa terhadap sistem persekolahan yang diperkenalkan, mempertingkatkan bahan bantu mengajar berbentuk teknologi, mewujudkan iklim persekolahan yang selesa, dan memperkenalkan kaedah bagi merapatkan jurang pendapatan penduduk luar bandar yang seterusnya menghapuskan kemiskinan tegar penduduk luar bandar.


Kesimpulannya, jelas membuktikan bahawa langkah-langkah telah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Kesedaran perlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam pendidikan. Modal Insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah pencapaian Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.

No comments:

Post a Comment