Kita
sedia maklum TIMMS dilaksanakan untuk membuat perbandingan di antara pencapaian
matematik di kalangan negara-negara antarabangsa. Namun begitu, terdapat juga
kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa keputusan yang diperolehi oleh TIMMS
tidak membantu dalam menentukan pencapaian murid-murid tersebut di dalam bidang
matematik.
Ini
kerana, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keputusan tersebut kurang
berguna. Antaranya ialah:
- Penggunaan bahasa ibunda
yang berbeza
- Sampel yang digunakan
sedikit
- Kurikulum yang dibina
berbeza
- Pemilihan responden yang
tidak mengikuti standard yang ditetapkan
- Persediaan murid yang
berbeza
Melalui
artikel ini, didapati keputusan TIMSS yang dikeluarkan adalah kurang tepat
untuk digunakan di dalam menentukan ranking bagi setiap negara dalam subjek
matematik. Penilaian dan refleksi sepenuhnya diperlukan dalam memastikan
keputusan TIMMS tersebut berguna seperti penyelarasan bahasa yang akan
memudahkan murid semasa menjawab soalan serta pemilihan responden yang teliti
dan telus. Ini akan dapat membantu menambahbaik TIMMS pada masa hadapan.
Secara
keseluruhannya, TIMSS adalah satu keuputusan yang boleh kira di ambil berat
oleh sesetengah negara. Namun begitu, sekiranya keputusan yang diberikan tidak
berguna, seharusnya kewangan yang dikeluarkan boleh disalurkan kepada
bahagian-bahaian pendidikan yang lain seperti menyediakan kemudahan yang cukup
kepada sekolah-sekolah.
No comments:
Post a Comment