Wednesday 23 December 2015

ULASAN MENGENAI ISU BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Saya berpendapat bahawa isu bahasa menjadi salah satu punca masalah utama kerana bahasa memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutama dalam matapelajaran Matematik.

Isu ini telah diperjuang oleh ramai pendidik-pendidik supaya memahami dan seterusnya menerangkan hubungan bahasa dan pemikiran.

Faktor bahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi pelajaran serta mencapai objektif pelajaran. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Aziz (2003) iaitu kebanyakan pelajar tidak dapat memahami dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris adalah disebabkan oleh penggunaan bahasa dan masalah untuk memahami bahasa Inggeris itu sendiri.

Kompetensi guru terhadap pengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris dapat diatasi apabila semua pihak memainkan peranan yang penting. Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan kompetensi guru-guru dengan mengadakan kursus ataupun bengkel bagi meningkatkan penggunaan dan penguasan bahasa Inggeris guru yang mengajar matapelajaran matematik.

Guru-guru seharusnya lebih kreatif dan inovatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru-guru hendaklah menggunakan pelbagai bahan bantu belajar seperti komputer, projektor LCD, courseware, dan lain-lain. Penggunaan pelbagai bahan ini dapat merangsang minat dan motivasi pelajar untuk belajar mata pelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris.

Kebanyakan pelajar jarang atau tidak pernah bercakap dalam bahasa Inggeris sama ada di rumah ataupun mana-mana tempat juga mempengaruhi bahasa yang digunakan oleh pelajar.

Kesimpulanya, guru-guru, pihak sekolah mahupun ibu bapa perlulah bersama-sama berganding bahu dalam memantau perkembangan tahap pembelajaran di kalangan pelajar agar pelajar memperoleh pencapaian yang baik dalam akademik khususnya Matematik.


No comments:

Post a Comment