Wednesday 23 December 2015

ULASAN MENGENAI FAKTOR JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK


      Saya berpendapat terdapat banyak faktor jurang yang menyumbang kepada pencapaian Matematik samada faktor luaran ataupun dalaman. Antaranya adalah lokaliti iaitu di bandar & luar bandar, sosio ekonomi keluarga, persekitaran & pengaruh keluarga, dan faktor dalaman pelajar.

Dari aspek lokaliti menunjukkan bahawa pelajar yang berada di kawasan bandar lebih cenderung untuk cemerlang berbanding pelajar di luar bandar. Saya juga bersetuju hal demikian berlaku di sebabkan oleh kemudahan & infrastruktur kurang disediakan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab di kawasan luar bandar.

Masalah yang timbul seperti capaian internet yang lemah juga menyukarkan para guru untuk mencari bahan-bahan bantu mengajar serta menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari idea dalam membantu pelajar.

Seterusnya, dari aspek sosioekonomi di mana ibu bapa daripada kelas sosio ekonomi yang tinggi dan mempunyai latar belakang pendidikan yang baik juga menjadi faktor jurang dalam pencapaian pelajar. Ibu bapa akan menyediakan kemudahan belajar kepada anak-anak kerana mereka berkemampuan berbanding keluarga yang berpendapatan rendah.

Peranan ibu bapa dalam memantau aktiviti pelajar apabila berada di rumah adalah sangat penting. Contohnya, ibu bapa boleh bertindak sebagai guru dengan memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada pelajar.

Tahap kebimbangan terhadap matapelajaran Matematik juga menjadi faktor jurang dalam pencapaian pelajar. Sesetengah pelajar itu sendiri yang menganggap matapelajaran Matematik adalah sukar dan susah untuk difahami.

No comments:

Post a Comment